Mengasah Minat Menjadi Nobel Laureate

Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Nobelist Mindset Workshop II pada 30 September 2013 – 4 Oktober 2013. Dianggarkan 120 peserta yang terdiri daripada pelajar, guru dan saintis muda akan menyertai program ini. Objektif utama program  ini adalah untuk memberi pendedahan  dan latihan kepada para peserta tentang cara  berfikir yang perlu dimiliki untuk menjadi seorang ahli Nobel  Laureate. Ini adalah kerana, untuk menjadi ahli Nobel Laureate, seorang saintis yang pintar dan berbakat perlu memiliki kesungguhan walaupun menghadapi kritikan; kemampuan melihat hubungkait antara sesuatu idea dimana idea tersebut tidak dapat difikirkan oleh orang lain;  dan  kreativiti.

Pengiraan Bayaran Pinjaman

Kebiasaannya kita akan gunakan loan calculator untuk mengetahui berapa banyak pinjaman yang boleh kita perolehi, berapa banyak loan yang layak kita pinjam. Sebenarnya, pengiraan itu boleh kita lakukan sendiri. Tanpa perlu perisian yang canggih atau kemahiran membuat coding. Cukup hanya dengan menggunakan microsoft excel.

Saya berikan templete untuk mengira bayaran yang perlu dibuat. Tapi templete ini terhad untuk pinjaman selama 15 tahun. Sebenarnya templete ini boleh diubahsuai lagi, jika ada kelapangan saya akan berikan tutorial bagaimana untuk mengira bagi jumlah tahun yang berlainan pula.

Template bayaran pinjaman

Melukis Graf Tanpa Kertas Graf.

Tidak semua pelajar mempunyai kemahiran untuk melukis graf dengan baik. Saya sendiri mengaku kadangkala saya perlu melukis graf berulang kali untuk mendapatkan lengkok graf yang licin. Sekiranya soalan meminta untuk melakar sahaja, tidak menjadi masalah untuk para pelajar, isu yang timbul adalah apabila soalan meminta jawapan daripada graf yang dilukis. Nasihat saya untuk soalan seperti ini, pelajar perlulah selalu membuat latihan supaya tangan menjadi lebih lembut dan jangan sesekali melukis graf menggunakan pen.

Selain daripada melukis graf diatas kertas graf, saya juga gemar untuk membuat graf menggunakan perisian online. Taip sahaja keyword “plot graph online” di google, akan keluar pelbagai carian tentang melukis graf. Perisian online yang gemar saya gunakan adalah dari laman web fooplot.com  Beberapa graf dapat dilukis dalam satu masa, maka pelajar juga boleh secara tidak langsung membuat perbandingan antara graf. Selain itu, pelajar dapat mencari titik persilangan antara dua graf. Pelajar juga dapat membuat perbandingan antara jawapan yang diperoleh daripada melukis graf dikertas graf dan graf yang diplot secara online.

Pada saya, ia merupakan salah satu kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar. Belajar pada hari ini, tidak sesusah pada masa lepas kerana banyak maklumat yang dapat diperolehi dihujung jari. Oleh itu, gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin.